Kontroversi Jamil Khir Baharom

Pembesaran banglo

Portal Agenda Daily telah menjelaskan kontroversi mengenai pembelian banglo. Jamil Khir membeli rumah itu dari lelongan bank pada tahun 1994 semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera dan berpangkat Mejar. Rumah banglo tersebut pada waktu itu dibeli dengan harga RM110,000,00 selepas tidak ada pembida lain dan sehingga kini beliau masih membayar pinjaman perumahan kerajaan yang diambilnya. Malangnya, cerita-cerita sengaja diwujudkan pembangkang untuk menjatuhkan reputasinya.

Portal Malaysia Today mempersoalkan pembesaran banglo beliau di Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Sejak 1994 lagi keluarganya yang ramai menginap di situ. Jadi, tentu ada banyak kereta di halaman rumah.[3] Hal ini mungkin menyamai kes rumah banglo bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.[4]

Tuduhan Palsu Seleweng Wang Zakat

Pada 21 Jun 2011, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution mempersoalkan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.Cek RM31,150.00 diserah kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April 2010.Sedangkan mereka bukan asnaf yang lapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendedahkan peruntukan zakat MAIWAP digunakan untuk membiayai yuran guaman Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Mereka berdua berhadapan tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemusykilan timbul kerana "Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali.".[5][6]

Cerita sebenarnya begini, seorang penjawat awam yang disaman atas tugas profesionalnya boleh dibantu guaman oleh kerajaan atau majikannya. Prinsip ini terpakai untuk semua penjawat awam, kecuali melakukan sesuatu kesalahan atau kecuaian peribadi. Dalam kes ini, beliau dan beberapa pegawai telah disaman. Kerajaan. sebagai majikan, memperuntukkan sejumlah wang untuk mempertahankan kakitangannya. Peruntukan itu disalurkan melalui MAIWP. Maka, jumlah yang digunakan untuk pembiayaan guaman itu bukan dari wang zakat, tetapi peruntukan kerajaan. SIla lihat penjelasan Jamil Khir dalam Agenda Daily.

Rujukan

WikiPedia: Jamil Khir Baharom http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/jamil... http://www.keadilandaily.com/guna-wang-zakat-izzah... http://www.keadilandaily.com/jamil-khir-pengarah-j... http://www.keadilandaily.com/miliki-rumah-mewah-am... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.thenutgraph.com/kagat-director-takes-on... http://undi.info/# http://maf.mod.gov.my/kagat/Pengarah%20KAGAT%202.h... http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat.asp?strTa... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap...